Tuesday, May 19, 2009

Lori Membawa Bahan Kimia


Zon : JKKK Kg. Sungai Pinang Bandar
Lokasi : Taman Sri Pinang di Jalan Labis.
Masalah : Pekerja yang membawa lori membawa bahan kimia diletakkan dibelakang rumah didalam taman. Membahayakan keselamatan penduduk ditaman tersebut.
Status : Buka
Tindakan : Sedang membuat aduan terhadap MPK

Edaran Pelaksana : Belum ada maklum balas

Bas Kilang diletakkan di kawasan Taman


Zon : JKKK Kg. Sungai Pinang Bandar
Lokasi : Taman Sri Pinang di Jalan Labis.
Masalah : Pengusaha bas sekolah dan bas kilang meletakkan kenderaan mereka di sisi jalan didalam taman. Menghalang kenderaan lain yang hendak keluar simpang.
Status : Buka
Tindakan : 3 kali aduan dibuat kepada ahli Majlis MPK Zon N44(B) Sungai Pinang.

Edaran Pelaksana : Belum ada maklum balas

Masalah bonggol telah selesai.

Alhamdulillah JKKK Kampung Sungai Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPK, YB Teng dan semua AJK JKKK yang bertungkus lumus selama ini memohon bonggol yang sekian lama dimohon.


Walaupun pada awalnya kehadiran bonggol ini diberi tentangan oleh segelintir individu yang mementingkan diri sendiri, akhirnya bonggol yang menjadi isu selama ini telah memberi manfaat.

Bonggol ini telah dibina pada 14 Mei 2009 dan menjadi isu besar apabila lebih dari 5 kemalangan telah berlaku di bonggol baru kerana pengguna jalan keretapi lama tidak perasan tentang pembinaannya.

Siak surau Haji Ali melaporkan tentang kemalangan yang baru sahaja berlaku dibonggol baru kepada ketua kampung.

Sepatutnya bonggol ini diletakkan papan amaran supaya pengguna jalan raya dapat berhati-hati. Lebih merunsingkan pembinaan bonggol ini menjadi tidak puas hati kepada belia rempit yang tidak dapat menjalankan aktiviti mereka seterusnya mereka telah menyerbu kediaman ketua kampung Sungai Pinang Bandar sebagai protes kehadiran bonggol tersebut.

Insiden ini akhirnya dapat dikawal dengan kebijaksanaan Encik Hamdan selaku ketua kampung mengawal keadaan supaya menjadi tidak serius.

JKKK Kg. Sg. Pinang Bandar juga telah melakukan kawalan menjaga 2 bonggol baru di kampung tersebut sehingga awal pagi untuk menghindari dari perkara yang tidak diingin.

Tindakan cepat Belia JKKK mengawal 2 bonggol yang baru dibina untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya dan bersedia dengan khabar angin bonggol ini akan disabotaj oleh individu yang tidak berpuas hati.

Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Ketua Kampung encik Hamdan dan Ketua Platon Rela, Encik Jainal bersengkang mata sehingga awal jam 6.00 pagi.

Terima Kasih.
Setiausaha JKKK Kg. Sg. Pinang Bandar.

Wednesday, May 6, 2009

Saliran ke parit utama tersumbat @ masalah pembentungan

Zon : JKKK Kg. Rantau Panjang
Lokasi : Lot. 4169 Jln. Kunci Air-Sg. Saim
Masalah : Saliran ke parit utama tersumbat, kerap berlaku banjir, air bertakung dan pembiakan nyamuk. Pegawai pejabat ADUN(En.Tan) pernah mengambil beberapa foto lokasi tersebut dan Ahli Majlis(En. Raju) maklum masalah ini.
Status : Buka
Tindakan : Surat kepada JPS - 16/3/09.
e-Aduan MPK : no. rujukan 0720/04/2009.
Edaran Pelaksana : Belum ada maklum balas



Tuesday, May 5, 2009

Penjaja terlalu hampir dengan jalan utama di Rantau Panjang

Zon : JKKK Kg. Rantau Panjang
Lokasi : Dari balai penghulu mukim Rantau Panjang ke simpang Jln. Genting.
Masalah : Kawasan penjaja tanpa lesen terlalu hampir dengan jalan utama. Merbahaya dan menyebabkan kesesakkan pada waktu puncak @ keselamatan pelajar pergi-balik sekolah
Status : Buka
Tindakan : e-Aduan MPK : 0810/04/2009
Surat kepada YDP MPK : (21) JKKK/RPJ/01-Aduan/dlm. 2009

Edaran Pelaksana : Belum ada maklum balas.
























Penjualan CD, VCD haram dan lucah di Pekan Rantau Panjang

Zon : JKKK Kg. Rantau Panjang
Lokasi : Dihadapan @ siarkaki 7-eleven, Pekan Rantau Panjang, Klang dari 8-11pm.
Masalah : Menerima banyak aduan dari publik. Menambahkan masalah sosial dikalangan remaja terutama pelajar-pelajar sekolah.
Status : Tutup
Tindakan : e-Aduan MPK : 0869/04/2009. Surat kepada YDP MPK 30/4/2009 - (23) JKKK/RPJ/01-Aduan/dlm. 2009
Edaran Pelaksana : 4/5/2009 - Penguatkuasa MPK telah menjalankan operasi dengan merampas semua CD,VCD tersebut. Peniaga telah menukar masa perniagaan dari 11pm - 1.00am.

Barang-barang kilang di bahu jalan, jalan berlubang dan rosak teruk


Zon : JKKK Kg. Rantau Panjang

Lokasi : Jalan Genting, Kg. Rantau Panjang

Masalah : Longgokan barangan kilang dibahu jalan, jalan berlubang dan rosak teruk akibat lori kontena keluar-masuk ke kilang-kilang yang berhampiran. Banyak menerima aduan awam, merbahaya kepada penunggang motosikal, basikal @ pelajar sekolah.

Status : Tutup

Tindakan : Rujukan e-Aduan JKR - 0100/04/09, e-Aduan MPK. Surat kepada Jurutera Daerah : 13/4/2009 :(19) JKKK/RPJ/01/dlm-2009, Surat kepada YDP MPK : 30/4/2009 (22) JKKK/RPJ/01-Aduan/dlm. 2009.

Edaran Pelaksana : Jalan berlubang telah diturap pada 29/4/2009.