Alhamdulillah JKKK Kampung Sungai Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPK, YB Teng dan semua AJK JKKK yang bertungkus lumus selama ini memohon bonggol yang sekian lama dimohon.
Walaupun pada awalnya kehadiran bonggol ini diberi tentangan oleh segelintir individu yang mementingkan diri sendiri, akhirnya bonggol yang menjadi isu selama ini telah memberi manfaat.
Bonggol ini telah dibina pada 14 Mei 2009 dan menjadi isu besar apabila lebih dari 5 kemalangan telah berlaku di bonggol baru kerana pengguna jalan keretapi lama tidak perasan tentang pembinaannya.
Siak surau Haji Ali melaporkan tentang kemalangan yang baru sahaja berlaku dibonggol baru kepada ketua kampung.
Sepatutnya bonggol ini diletakkan papan amaran supaya pengguna jalan raya dapat berhati-hati. Lebih merunsingkan pembinaan bonggol ini menjadi tidak puas hati kepada belia rempit yang tidak dapat menjalankan aktiviti mereka seterusnya mereka telah menyerbu kediaman ketua kampung Sungai Pinang Bandar sebagai protes kehadiran bonggol tersebut.
Insiden ini akhirnya dapat dikawal dengan kebijaksanaan Encik Hamdan selaku ketua kampung mengawal keadaan supaya menjadi tidak serius.
JKKK Kg. Sg. Pinang Bandar juga telah melakukan kawalan menjaga 2 bonggol baru di kampung tersebut sehingga awal pagi untuk menghindari dari perkara yang tidak diingin.
Tindakan cepat Belia JKKK mengawal 2 bonggol yang baru dibina untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya dan bersedia dengan khabar angin bonggol ini akan disabotaj oleh individu yang tidak berpuas hati.
Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Ketua Kampung encik Hamdan dan Ketua Platon Rela, Encik Jainal bersengkang mata sehingga awal jam 6.00 pagi.
Terima Kasih.
Setiausaha JKKK Kg. Sg. Pinang Bandar.